Wednesday, 4 March 2015

Di buang kerja sebab mengandung!

KRONOLOGI HIDUPKU 


Setelah 5 bulan berlalu,cuti sakitku sudah habis & kesihatanku semakin pulih.Sepatutnya aku masuk kerja awal tahun 2015 tp malangnya aku terus di buang kerja tanpa alasan yg kukuh beserta tiada notis penamatan kerja.Kisah bermula di mana sepatutnya aku mula bekerja pada 2.1.15 di atas persetujuan antara majikan & staff(aku).Namun kebetulan aku mengandung  & memberitahu majikan dalam minggu sebelum aku bekerja. Ini kerana tugas sebagai ADMIN bukan hanya duduk di depan PC sahaja malah merangkumi pengeposan barang ke luar seperti ink dimana customer order maksimum 12 botol. Berat 12 botol estimated dalam 4@ 5 kg. Pengeposan meliputi semenanjung Malaysia termasuk sabah & sarawak. Tambahan pula, majikan pernah memberitahu sekiranya aku mengandung, aku disarankan memberitahu majikan agar aku tidak membuat kerja2 berat seperti mengangkat barang2 berat. Setelah memberitahu keadaan aku, majikan memohon utk memberitahu boss besar supaya aku tidak dibenarkan melakukan kerja2 berat semasa mgndung..Tetapi sebaliknya selepas 2 hari dalam minggu tu juga,majikan call memberi arahan supaya aku memulangkan kunci & kad akses syarikat dgn alasan mereka dh hire staff baru tuk replace tmpatku..aku menjawap dengan tenang & memberitahu majikan adakah aku dibuang?jawapannya Ya..tanpa bercakap panjang aku terus letak telefon.Aku datang pd hari sepatutnya aku masuk kerja utk pulangkan kunci & kad akses company.Dengan hati yg tenang aku face to face dengan majikan utk mengetahui apa sebab utama aku di buang..majikan memberitahu alasan bahawa kakiku sudah byk luka kesan dr excident y aku alami 4 bln lpz & memberitahuku walaupon doc sudah verified yg kakiku sudh pulih sepenuhnya namun majikan mengatakan pihaknya xnak bertanggungjawab sekiranya apa2 berlaku semasa aku bekerja di situ..majikan ibarat hilang percaya & yakin yg aku boleh bekerja seperti sediakala memandangkan kakiku banyak luka.The second thing sebab aku mengandung..Allahurrabi..sampai cmtu skali..aku bertanya kepada majikan,mengapa masa aku cuti sakit dia tidak membuangku tapi mengapa bila aku memberitahu bahawa mengandung baru dia nk buang aku?what the ghost u??majikan mula memutarbelitkan cerita mengenai keadaan kakiku plak..Dengan rasa hati tenang & sabar, aku mengemas sisa barang2 ku yg telah berbulan lama aku tgglkn.Namun aku tetap dgn keputusan aku yg aku tidak akan berdiam diri..aku terus kumpulkn bukti utk dibawa ke tenaga buruh..bila aku minx notis dari majikan,majikan memberitahu masih dalam proses memohon tandatangan dari boss & berjanji akn bg notis secepat yg mgkin pada mgu berikutnya.tgu punya tgu notis xdpt..tanpa berlengah aku pon membuat report di jab tenaga buruh..Aku xkisah hilang kerja & sumber pendapatanku tp aku ingin membela nasib anak dlm kandunganku..pe dosa anakku smpai majikan menggunakan alasan MENGANDUNG tuk buang aku.Hatiku makin membara tambah pulak emosi sbb pembawakan bby..hari berbicara bersama majikan paling tidak dpt ku lupakan..segala putar belit majikan dpt ku atasi bg membongkar segala keburukan sistem dlm company.Company paling b***h sekali dlm dunia yg aku pernah jumpa..xperlu la aku sebut nama company tu memandangkn rekod company dh buruk..segala pampasan aku tuntut bg setiap kesalahan company lakukan..alhamdulillah..nasib bby ku terbela akhirnya..hatiku puas..walaupun bersedih dia atas ujian ni, namun aku yakin Allah maha mengetahui & berikan yg terbaik tuk hambanya..wallahualam..kepada mereka yg bekerja di sektor swasta,berhati2 & waspada setiap lgkah yg anda lakukan..make sure everything seperti employment letter, or any agreement between company must be keep as your reference..At least,pape terjadi ada bukti..selagi mampu kerja,wat la sedaya mungkin..ingatlah time kita senang @ sihat kita dipuji  & majikan kerah tenaga kerja kita..bila kita sakit,majikan campak cmtu sahaja.Jadikan ceritaku sebagai pengajaran & tauladan. Hidup ni xselalunya senang,sihat, kaya..Jadi fikir2kn & renung2kan.Sampai di sini sahaja perkongsianku.Sekian..salam

2 comments:

  1. Salam, saya pelajat dari UTAR, kepada yang pernah ada pengalaman dibuang kerja, atau pernah ada pengalaman kawan2 dibuang kerja, saya mengharapkan kerjasama dari anda semua untuk membantu saya dalam research sempena program ijazah saya, ianya bertajuk "Concept of termination with dignity from Malaysian perspective". Saya harap dapat siapkan research ini sebelum March 2016, so kalau ada siapa2 yang lapang dan ingin kongsi pandangan, sila ke page ni: https://www.facebook.com/catburglarrhaizu.

    ReplyDelete
  2. Salam..
    sy dah cuba buka link yg diberikan tapi hampa...maaf sy baru perasan..bagaimana research saudara yg boleh sy bantu?

    ReplyDelete