Wednesday, 4 March 2015

Di buang kerja sebab mengandung!

KRONOLOGI HIDUPKU 


Setelah 5 bulan berlalu,cuti sakitku sudah habis & kesihatanku semakin pulih.Sepatutnya aku masuk kerja awal tahun 2015 tp malangnya aku terus di buang kerja tanpa alasan yg kukuh beserta tiada notis penamatan kerja.Kisah bermula di mana sepatutnya aku mula bekerja pada 2.1.15 di atas persetujuan antara majikan & staff(aku).Namun kebetulan aku mengandung  & memberitahu majikan dalam minggu sebelum aku bekerja. Ini kerana tugas sebagai ADMIN bukan hanya duduk di depan PC sahaja malah merangkumi pengeposan barang ke luar seperti ink dimana customer order maksimum 12 botol. Berat 12 botol estimated dalam 4@ 5 kg. Pengeposan meliputi semenanjung Malaysia termasuk sabah & sarawak. Tambahan pula, majikan pernah memberitahu sekiranya aku mengandung, aku disarankan memberitahu majikan agar aku tidak membuat kerja2 berat seperti mengangkat barang2 berat. Setelah memberitahu keadaan aku, majikan memohon utk memberitahu boss besar supaya aku tidak dibenarkan melakukan kerja2 berat semasa mgndung..Tetapi sebaliknya selepas 2 hari dalam minggu tu juga,majikan call memberi arahan supaya aku memulangkan kunci & kad akses syarikat dgn alasan mereka dh hire staff baru tuk replace tmpatku..aku menjawap dengan tenang & memberitahu majikan adakah aku dibuang?jawapannya Ya..tanpa bercakap panjang aku terus letak telefon.Aku datang pd hari sepatutnya aku masuk kerja utk pulangkan kunci & kad akses company.Dengan hati yg tenang aku face to face dengan majikan utk mengetahui apa sebab utama aku di buang..majikan memberitahu alasan bahawa kakiku sudah byk luka kesan dr excident y aku alami 4 bln lpz & memberitahuku walaupon doc sudah verified yg kakiku sudh pulih sepenuhnya namun majikan mengatakan pihaknya xnak bertanggungjawab sekiranya apa2 berlaku semasa aku bekerja di situ..majikan ibarat hilang percaya & yakin yg aku boleh bekerja seperti sediakala memandangkan kakiku banyak luka.The second thing sebab aku mengandung..Allahurrabi..sampai cmtu skali..aku bertanya kepada majikan,mengapa masa aku cuti sakit dia tidak membuangku tapi mengapa bila aku memberitahu bahawa mengandung baru dia nk buang aku?what the ghost u??majikan mula memutarbelitkan cerita mengenai keadaan kakiku plak..Dengan rasa hati tenang & sabar, aku mengemas sisa barang2 ku yg telah berbulan lama aku tgglkn.Namun aku tetap dgn keputusan aku yg aku tidak akan berdiam diri..aku terus kumpulkn bukti utk dibawa ke tenaga buruh..bila aku minx notis dari majikan,majikan memberitahu masih dalam proses memohon tandatangan dari boss & berjanji akn bg notis secepat yg mgkin pada mgu berikutnya.tgu punya tgu notis xdpt..tanpa berlengah aku pon membuat report di jab tenaga buruh..Aku xkisah hilang kerja & sumber pendapatanku tp aku ingin membela nasib anak dlm kandunganku..pe dosa anakku smpai majikan menggunakan alasan MENGANDUNG tuk buang aku.Hatiku makin membara tambah pulak emosi sbb pembawakan bby..hari berbicara bersama majikan paling tidak dpt ku lupakan..segala putar belit majikan dpt ku atasi bg membongkar segala keburukan sistem dlm company.Company paling b***h sekali dlm dunia yg aku pernah jumpa..xperlu la aku sebut nama company tu memandangkn rekod company dh buruk..segala pampasan aku tuntut bg setiap kesalahan company lakukan..alhamdulillah..nasib bby ku terbela akhirnya..hatiku puas..walaupun bersedih dia atas ujian ni, namun aku yakin Allah maha mengetahui & berikan yg terbaik tuk hambanya..wallahualam..kepada mereka yg bekerja di sektor swasta,berhati2 & waspada setiap lgkah yg anda lakukan..make sure everything seperti employment letter, or any agreement between company must be keep as your reference..At least,pape terjadi ada bukti..selagi mampu kerja,wat la sedaya mungkin..ingatlah time kita senang @ sihat kita dipuji  & majikan kerah tenaga kerja kita..bila kita sakit,majikan campak cmtu sahaja.Jadikan ceritaku sebagai pengajaran & tauladan. Hidup ni xselalunya senang,sihat, kaya..Jadi fikir2kn & renung2kan.Sampai di sini sahaja perkongsianku.Sekian..salam

Tuesday, 24 February 2015

Kampung halamanku

Assalamualaikum..

Kg halamanku..parit 3 sg burong
Coretan kali ni sy ingin berkongsi tentang kg halamanku..hampir 4 bln xmenjenguk nenek di kg memndangkn keadaan ku y masih tidak stabil..baru2 ni,dpt jugak ku pulang ke kg bersama suami,adik ipar n adik2 ku..terima kasih ya Allah kerana msh memberi peluang tuk berpijak di atas muka bumimu ini utk menikmati pemandangan y menarik hasil ciptaanMu..kali ni suami ku n adiknya ingin merasai suasana kgku..kami bertolak dr kl jam 7 pg..kami singgah sebentar di s.alam & kemudian terus ke kuala selangor..kami melalui latar highway..perjlnan kami mgmbil ms selama 1 jam setengah kerana byk rintangan seperti tol,lmpu isyarat n highway sgt pjg.walhal kl ke kg sgt dkt..sampai kuala selangor,kami mgmbil kesempatan utk melawat bukit melawati..rasanya dh lama n bertahun jugak aku tdk jejak kaki di sini..kami berpakat utk menaiki trem n melihat kawasan2 di atas bukit tersebut..byk monyet berkeliaran n memerhati pelancong y bkunjung disitu..byk peninggalan zaman dahulu y menarik perhatian kami..xsempat kami utk merakam gmbar gmbar disitu disebabkn masa kami terhad..kami hanya berpusing2 shj sekitar bukit tersebut..lbh kurang setengah jam kami pon bergerak ke tg karang..setibanya di kg,sudah pasti nenek n makcik sedaraku sudah menanti di pintu halaman..riak wajah nenek ku agak kehairanan mungkin gembira melihat aku sudah boleh berjaln..mane tidaknya 4 bln xjguk n tanpa berita perkembangan ttg aku..tangan nenek ku smbut n ku kucup..betapa lama aku tidak merasa hangat tgnnya..kami berehat n menunggu waktu mkn tengahari memandangkan kami tiba pd pkul 11 pg..sudah menjadi kebiasaan bg org kgku sarapan pd pkul 7 am..mkn tgh hari pkul 12 thari n minum ptg dlm kul 3pm..setiap kali ke kg pasti smbal ikan blis nenek menjd bualan..adik ku y 3 thun pon turut xketinggalan merasa sambal tumis nenek memndgkn rasanya lemak2 n kurang pedas wlpon color smbal tu kemerahan..bg suamiku n adiknya ni adalah kali pertama bg mereka n tdk ketinggalan utk merasa..setelah rehat n menunaikan waktu zohor ,kami mula gerak ke pantai utk mengutip remis..ni pertama kali aku dgr bnd alah ni n pertama kali bljr mengutip remis..kebetulan cuaca xmengizinkn pd ptg tersebut sebb hujan..namun bg mkck sedara dia sudah biasa ngn keadaan tersebut cuma ada sedikit gangguan memandangkn air pasang..mereka tetap mengutip sbyk mgkin..aku?hanya mpu tgk shj..haha..hmpir 1 jam remis berjaya di kutip n dikumpul setengah plastik beras..jadilah utk kami merasa..alhamdulillah..hjn makin lebat n masa pon mkin sgkat..kami beredar dr pantai n membersihkn diri..lpz asar kami sudah mula bergerak ke kl.masing2 keletihan n kesejukan sampai lena ttdo..dalam kesejukan & keletihan,kami berasa lapar & ingin merasa cendol yg ada di jual di restoran sepanjang jalan.dengan keadaan mamai kami singgah sebuah restoran untuk mengisi perut yg lapar.kami mula order laksa,mee rebus,cendol,keropok lekor yg di goreng panas & air minuman..betapa nikmat makn mskn panas time hujan..tuhan shj taw..kiki..slps bayar,kami pon beredar meneruskn perjalanan balik kl..masing2 kepenatan & keletihan..kami smpai rumah dalam 8.30 mlm..walaupun sehari blik kg tp rs seronok sbb byk ms dihabiskn dgn aktiviti menarik..
Selfie ats trem sambil round tempat menarik
Mengutip remis di pantai
Cari gali utk dapatkn remis
Ini nenek sy (Hjh Asiah)
Bukit melewati kuala selangor